mcmc
Keusahawanan

USAHAWAN

Kebanyakan suri rumah terlibat dalam perusahaan kampung. Antara produk yang dikeluarkan mereka ialah sos cili, kicap dan juga sos keropok. Tidak ketinggalan, ada juga yang menghasilkan makanan ringan seperti kerepek, bawang goreng, bahulu serta membuat kraftangan berasaskan surat khabar dan pembuatan tembikar.

Kebiasaannya, penduduk menjual produk-produk tersebut di tapak perniagaan yang disediakan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) di Dataran Semarak. Ramai penduduk yang merebut peluang dengan menjual produk-produk mereka seperti kuih bahulu, kerepek-kerepek dan pelbagai jenis perniagaan yang lain.

Pendek kata, walaupun kos hidup kampung tidak begitu tinggi, namun mereka merebut peluang yang ada untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.