Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat atau nama ringkasnya SMK Jengka Pusat, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di tengah-tengah Bandar Tun Abdul Razak Jengka.
Pada tahun 2010, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat telah diiktiraf sebagai Sekolah Rancangan Khas Negeri Pahang sepenuhnya di mana pelajar tingkatan 1 hanya diambil dalam kalangan pelajar cemerlang UPSR sahaja.
Manakala, pada tahun 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat sekali lagi diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia.
| Moto | Kemahuan Asas Kejayaan |
|---|---|
| Dirasmikan | Januari 1, 1979 |
| Jenis | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Pengetua | Pn Hjh Ramlah Binti Mat Diah |
| Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik | Pn Intan Nazirah Binti Abdul Aziz |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Hasman Bin Abd KArim |
| Penolong Kanan Kokurikulum | En Nur Zaidi Bin Ibrahim |
| Penolong Kanan Pendidikan Khas | En Salehuddin Bin Ismail |
| Pengerusi PIBG | Tn Hj Dato’ Wan Salman Bin Wan Ismail |
| Kod sekolah | CEA9157 |
| Lokasi | Bandar Jengka 26400, Bandar Jengka,, Pahang Darul Makmur, |
| Telefon | 6094677581 |
| Faks | 6094677580 |
