mcmc
Maklumat Setempat

PERTANIAN SEKITAR

Gugusan Jengka terdiri daripada 25 buah tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang menjadi pengeluar getah dan kelapa sawit terbesar. FELDA Jengka juga merupakan gugusan FELDA terbesar di Malaysia. Kebanyakan penduduk yang juga dipanggil peneroka terlibat dalam aktiviti perladangan kelapa sawit dan juga getah. Harga getah dan sawit yang semakin tinggi di pasaran dunia memberi peluang yang cerah kepada penduduk tanah rancangan untuk memperoleh pendapatan yang lebih baik.