





Al Amin merupakan seorang penganggur juga kelainan upaya OKU setelah mengalami kemalangan pada awal tahun 2025. Masa dan ruang yang ada Al-Amin menghabiskan masa dengan mengikuti Kursus MAHIR BAIKI GAJET di NADI RANTAU PERINTIS. Pada mulanya beliau tidak begitu mahir dalam bidang teknologi baiki gajet. Namun, setelah menyertai Kursus Mahir Membaiki Gajet di Nadi Rantau Perintis Al Amin dapat kemahiran yang baru.
Sepanjang mengikuti kursus, Al Amin didedahkan kepada pelbagai kemahiran asas seperti mengenal pasti komponen telefon, menukar bateri, membaiki skrin retak, serta menyelesaikan masalah berkaitan telefon bimbit.
Kini, Al Amin bukan sahaja mahir membaiki gajet tetapi turut menjana pendapatan sampingan melalui kemahirannya. Kejayaannya mengikuti kursus tersebut membuktikan bahawa ilmu yang dipelajari dengan kesungguhan mampu membuka peluang baharu. Dengan keyakinan yang semakin meningkat, Al Amin bercita-cita untuk membuka sebuah pusat servis gajet profesional pada masa hadapan.