mcmc
Keusahawanan

PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

NADI X KIDPRENEUR :

PENYERTAAN DIBUKA BAGI PROGRAM PENCARIAN IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 (COHORT 1) 

Sukacita dimaklumkan, pihak NADI x Keusahawanan akan menganjurkan Program Pencarian IKON USAHAWAN CILIK NADI 2025 bagi pengambilan COHORT 1.

Pengenalan :

Program ini bertujuan untuk memupuk pengetahuan dan semangat membudayakan keusahawanan di kalangan kanak-kanak dan remaja (7-17 tahun).

Terdapat tiga (3) Fasa Program yang akan dilalui oleh IKON Usahawan Cilik NADI seperti berikut:

Fasa 1 : Latihan dalam talian & Pembelajaran Video On-the-Go (22 Feb – 30 Mei 2025)

Fasa 2 : Kem Keusahawanan Peringkat Nasional “National Bootcamp (31 Mei – 1 Jun 2025) 

Fasa 3 : 20 IKON USAHAWAN CILIK di Persidangan NADI (Julai 2025)

Syarat-syarat Penyertaan : 

1.Warganegara Malaysia

2.Berusia 7 – 17 tahun

3.Kanak-kanak Lelaki & Perempuan

4.Berdaftar sebagai Ahli NADI

5.Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan

6.Mendapat kebenaran Ibu bapa / Penjaga

Cara Pendaftaran COHORT 1 : 

Dimohon kerjasama setiap NADI untuk mendaftarkan 3 (mininum) & 10 (maximum) penyertaan peserta sahaja menerusi pautan dibawah atau menerusi poster Program

Borang Pendaftaran Peserta Pencarian IKON Usahawan Cilik NADI 2025

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN :  JUMAAT, 21 FEBRUARI 2025

Maklumat & Pertanyaan 

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat program:

En. Fazli Nizam Bin Mohd Idoris

fazli@innova.net.my

011-1648 4088

Pn. Sholha Abu Bakar

sholha@innova.net.my

019-926 3364

Sekian, terima kasih.